JIKA ANDA MENGALAMI OSTEOPOROSIS, WALAUPUN SEDIKIT HENTAKAN ATAU JATUH BOLEH MENGAKIBATKAN FRAKTUR2

FRAKTUR IALAH RETAKAN SEPENUHNYA ATAU SEPARA DALAM TULANG

Apabila anda mengalami osteoporosis tulang anda lebih rapuh, dan walaupun sedikit hentakan atau terjatuh boleh mengakibatkan tulang patah – ini dipanggil fraktur kerapuhan.2 Mana-mana tulang di dalam badan anda boleh terjejas, tetapi ianya paling biasa berlaku pada bahagian pinggul, pergelangan tangan dan tulang belakang.3

FRAKTUR BUKAN SAHAJA MENYAKITKAN

Tulang patah boleh mendatangkan kesan yang sangat serius terhadap kehidupan anda dan kehidupan orang-orang di sekeliling anda.4-7

  • Kira-kira 25% daripada pesakit yang patah pinggul meninggal dunia dalam tempoh satu tahun, dan kurang daripada separuh daripada yang terselamat dapat berfungsi seperti biasa.
  • Pemulihan boleh mengambil masa yang lama dan ia menjejas keupayaan anda untuk melakukan aktiviti harian seperti membeli-belah, mandi dan bermain dengan cucu-cucu.
  • Sebenarnya, satu tahun selepas patah pinggul, 60% orang masih memerlukan bantuan makan, berpakaian atau mandi, dan 80% berdepan kesukaran untuk memandu atau pergi membeli-belah.

FRAKTUR MEMBERI KESAN TERHADAP KEBEBASAN ANDA8,9

TULANG PATAH BUKAN SEBAHAGIAN BIASA DALAM PROSES PENUAAN

Walaupun ia adalah normal untuk kehilangan ketumpatan tulang, apabila usia anda semakin lanjut, tetapi adalah tidak normal untuk mengalami osteoporosis atau tulang patah akibat sedikit hentakan atau jatuh.10

Setiap tulang patah menjejaskan kualiti kehidupan dan keupayaan untuk melakukan aktiviti harian.8,9

Jangan anggap tulang patah sebahagian daripada proses menjadi tua, tulang patah dapat dicegah.11

SATU TULANG PATAH AKAN MEMBAWA KEPADA YANG LAIN

Satu fraktur akan membawa kepada fraktur yang lain – apabila anda mengalami tulang patah, risiko fraktur di masa akan datang meningkat sehingga sepuluh kali.12 Dan risiko paling tinggi dalam tempoh dua tahun sebaik sahaja berlaku fraktur.13

Fraktur anda seterusnya mungkin patah pinggul. Adakah anda tahu sehingga 40% orang yang mengalami fraktur pinggul pernah mengalami fraktur sebelumnya?14

Anda perlu ingat tulang patah boleh bermakna osteoporosis, dan osteoporisis boleh dirawat.11

References – Fracture & osteoporosis

1 Amgen and International Osteoporosis Foundation. Fight the fracture IOF survey. 2017. osteoporosis.foundation/educational-hub/material/surveys.

2 International Osteoporosis Foundation. Capture The Fracture. A Global Campaign To Break The Fragility Fracture Cycle. 2012. osteoporosis.foundation/capture-fracture .

3 Sambrook P, et al. Lancet 2006;367:2010–18.

4 International Osteoporosis Foundation. The Asia-Pacific regional audit. Epidemiology, costs & burden of osteoporosis in 2013. osteoporosis.foundation/educational-hub/material/audits.

5 International Osteoporosis Foundation. That’s osteoporosis. A compact guide to osteoporosis and its prevention and treatment. 2019. osteoporosis.foundation/educational-hub/material/patient-resources.

6 International Osteoporosis Foundation. Gaps an solutions in bone health. A global framework for improvement. 2016. osteoporosis.foundation/educational-hub/files/gaps-and-solutions-bone-health.

7 Cooper C. Am J Med 1997;103:12S-17S; discussion 17S-19S.

8 Adachi JD, et al. Mayo Clin Proc 2010;85:806–13.

9 Kerr C, et al. Osteoporos Int 2017;28:1597–607.

10 International Osteoporosis Foundation. Love your bones: Protect your future. 2016. osteoporosis.foundation/educational-hub/material/brochures.

11 Cosman F, et al. Osteoporos Int 2014;25:2359–81.

12 Lyet J. J Lancaster Gen Hosp 2006;1:91–95.

13 Johansson H, et al. Osteoporos Int 2017;28:775–80.

14 Papaioannou A, et al. BMC Musculoskelet Disord 2004;5:11.