MENGELAKKAN JATUH DI RUMAH ANDA
Banner

Hindarkan bahaya jatuh di rumah

Separuh daripada semua kejadian jatuh berlaku di rumah atau di sekitar rumah. Bahaya terjatuh ada di mana-mana. Namun, kita mungkin tidak dapat mengenal pasti bahaya itu atau kita mungkin menganggapnya sebagai perkara remeh dan kita tidak berusaha untuk memperbetulkannya. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan.1

 KAWASAN RUMAH ANDA  APAKAH YANG BOLEH SAYA LAKUKAN?
 Sekitar rumah
  • Letakkan barang-barang yang paling kerap anda gunakan di tempat yang mudah dicapai
 Lantai
  • Buang objek yang boleh menyebabkan anda tersandung seperti karpet kecil, wayar elektrik dan barang yang bersepah secara amnya — Buat laluan berjalan yang jelas dengan mengalihkan perabot daripada menghalang jalan itu (minta bantuan seseorang untuk melakukannya)

Bilik air 

  • Letakkan alas kaki yang tidak licin di kawasan basah seperti bilik mandi, tab mandi dan tandas — Pasang pemegang tangan di kawasan di mana anda mungkin memerlukan bantuan tambahan untuk bergerak masuk dan keluar dari ruang tersebut — Pertimbang meletakkan kerusi di bilik mandi untuk membantu mengekalkan kestabilan
Dapur
  • Gunakan alas kaki yang tidak licin berhampiran dapur dan singki dapur — Bersihkan tumpahan sebaik sahaja ia berlaku — Simpan barangan kegunaan harian, contohnya cawan, di tempat yang mudah dicapai
Tangga
  • Pastikan ruang tangga diterangi dengan baik. Anda digalakkan supaya memasang suis lampu di bahagian tangga paling atas dan juga tangga paling bawah — Pasangkan pemegang yang kukuh pada kedua-dua sisi tangga
Bilik tidur
  • Pasang lampu malam di laluan antara bilik tidur dan bilik mandi supaya anda dapat bergerak dengan selamat pada waktu malam

SG-01803-PRO-2020-April

RECENT POSTS

References

1 International Osteoporosis Foundation. Facts and statistics. www.iofbonehealth.org.

2 International Agency for Research on Cancer. Cancer Today. 2018. gco.iarc.fr.

3 International Osteoporosis Foundation. The Asia-Pacific regional audit. Epidemiology, costs & burden of osteoporosis in 2013. 2013. www.iofbonehealth.org.

4 International Osteoporosis Foundation. That’s osteoporosis. A compact guide to osteoporosis and its prevention and treatment. 2019. www.iofbonehealth.org.

5 Cooper C. Am J Med 1997;103:12S-17S; discussion 17S–19S.