Pernahkah anda alami kepatahan tulang? Kita menghadapi risiko kepatahan tulang setiap hari – kebanyakannya berpunca daripada jatuh yang ringan, seperti tergelincir di dapur, ini mungkin dianggap hanya sebagai kemalangan. Hakikatnya, tulang patah mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius daripada sekadar kemalangan biasa; ia adalah tanda amaran untuk osteoporosis.1-3
Fraktur kerapuhan adalah kejadian patah tulang yang berlaku selepas jatuh dari ketinggian berdiri atau yang lebih rendah. Tulang yang patah selepas terlanggar sesuatu atau terjatuh adalah tanda amaran bahawa anda mempunyai tulang lemah akibat osteoporosis.4 Setiap tiga saat, satu tulang akan patah di suatu tempat di dunia disebabkan penyakit ini.5
Fraktur kerapuhan yang pertama sering kali kelihatan tidak memudaratkan – seperti fraktur pergelangan tangan. Ia mungkin mengambil masa 8 minggu hingga 6 bulan untuk memulihkan tulang, dan menyebabkan ketidakselesaan atau kekakuan yang dialami untuk tempoh lebih lama.6 Walau bagaimanapun, fraktur tulang yang berikutnya mungkin lebih teruk – fraktur pinggul atau tulang belakang. Fraktur tulang pinggul, secara khususnya, mendatangkan akibat yang sangat serius. Ia sering memerlukan pembedahan dan boleh mengakibatkan kehilangan kebebasan pergerakan, memerlukan kemasukan ke rumah penjagaan, malah boleh membawa kematian.4
Bagi setiap kes fraktur kerapuhan, risiko mengalami fraktur yang berikutnya akan meningkat:
Itulah sebabnya ia adalah penting agar anda menyedari bahawa sesuatu yang kelihatan tidak memudaratkan seperti patah tulang sebenarnya mempunyai makna yang lebih mendalam.
Jika anda pernah patah tulang selepas terjatuh dari ketinggian rendah atau terlanggar sesuatu, dan anda berumur lebih 50 tahun, anda harus menjalani penilaian osteoporosis. Sebaik sahaja anda didiagnosis, doktor anda dapat mengesyorkan rawatan yang paling sesuai dan berkesan untuk mengurangkan risiko fraktur yang selanjutnya.10,11 Dengan bekerjasama dengan doktor anda, anda mampu meningkatkan kesihatan tulang anda.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesan tulang patah akibat osteoporosis.
References
1 International Osteoporosis Foundation. Love your bones: Protect your future. 2016. www.iofbonehealth.org.
2 Osteoporosis Australia. What you need to know about Osteoporosis. Consumer guide. 2017. www.osteoporosis.org.au.
3 International Osteoporosis Foundation. Staying power: Closing the adherence gap in osteoporosis. 2006. www.iofbonehealth.org.
4 Liu J, et al. Osteoporos Int 2018;29:2409–17.
5 International Osteoporosis Foundation. Calcium. www.iofbonehealth.org.
6 International Osteoporosis Foundation. Vitamin D. www.iofbonehealth.org.