PATAH TULANG – BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA PROSES PENUAAN YANG NORMAL
Banner

Salah satu tanggapan paling salah mengenai patah tulang adalah bahawa ia merupakan sebahagian daripada proses penuaan yang normal, tetapi ini sekali-kali tidak benar!

Dengan sokongan Yayasan Osteoporosis Antarabangsa dan Amgen, Kaji Selidik Lawan Fraktur telah menemubual 400 orang pesakit berusia 60 tahun atau ke atas di seluruh Asia yang telah mengalami fraktur kerapuhan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Kaji selidik tersebut telah mendedahkan hasil yang mengejutkan iaitu:1

“Lebih 80% pesakit percaya bahawa tulang lemah sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada proses penuaan normal”

Mari kita selidik mengapa pesakit berpendapat bahawa:

  • Sedikit kehilangan tulang yang berlaku adalah sebahagian daripada proses penuaan semula jadi
    Ini adalah kerana proses yang membantu membina tulang ketika kita muda dahulu mula menjadi tidak seimbang apabila usia kita meningkat, dan kita mula kehilangan lebih banyak tulang daripada yang kita boleh gantikan.2
  • Semua wanita pasti mengalami menopaus yang menyebabkan kehilangan tulang
    Apabila wanita mencapai menopaus, tahap hormon seks yang menurun akan menyebabkan tulang kehilangan mineral penting, seperti kalsium, yang seterusnya mengakibatkan kehilangan jisim dan ketumpatan tulang. Dalam tempoh 5-7 tahun pertama selepas menopaus, wanita boleh kehilangan sehingga 20% struktur tulang mereka, dan perkara ini juga berlaku pada lelaki yang semakin lanjut usia.2

Osteoporosis adalah punca sebenar patah tulang dan bukannya penuaan

Patah tulang berpunca daripada “penyakit senyap” yang dipanggil osteoporosis. Penyakit ini menyebabkan tulang anda menjadi lemah dan rapuh, seterusnya meningkatkan risiko tulang anda retak atau patah.2

Apabila osteoporosis berlaku, struktur dalaman tulang mula terhakis pada kadar yang lebih cepat daripada kadar pembinaan semula sel tulang, dan ini akan menjejaskan kekuatan dan kestabilan tulang. Osteoporosis sering dipanggil “penyakit senyap” kerana anda tidak berasa tulang anda menjadi lemah, malah bagi kebanyakan orang, tanda pertama osteoporosis adalah keretakan tulang.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai osteoporosis.

Osteoporosis boleh dirawat, dan patah tulang boleh dielakkan

Oleh itu, jika anda seorang wanita berstatus selepas menopaus dan berusia lebih 50 tahun, anda harus meminta untuk menjalani penilaian osteoporosis dengan doktor tempatan anda. Ingat, patah tulang bukanlah sebahagian daripada proses penuaan yang normal, ia mungkin bermakna osteoporosis, dan osteoporosis boleh dirawat.

SG-01811-PRO-2020-April

RECENT POSTS

References

1 Amgen and International Osteoporosis Foundation (IOF). Fight the fracture – IOF survey. 2017. www.iofbonehealth.org.

2 National Osteoporosis Foundation. Healthy bones for life - Patient’s guide. 2014. www.nof.org.