INI MUNGKIN KISAH ANDA

1 daripada 3 wanita yang berumur melebihi 50 tahun mengalami masalah tulang rapuh akibat osteoporosis.1 Selepas keretakan pertama yang dialami, risiko untuk keretakan seterusnya meningkat sehingga 10 kali ganda.2 Namun, osteoporosis bukan sekadar patah tulang. Tulang para wanita ini sudah rapuh, tetapi mereka tidak menyedarinya. Tonton kisah mereka untuk memahami kesan retak atau patah tulang akibat osteoporosis ini terhadap wanita dan keluarga mereka.



MAY & ANAK PEREMPUANNYA

May, seorang wanita berkarier yang berjaya, selalu menganggap dirinya kebal daripada sebarang penyakit. Namun, insiden patah tulang telah menghentikan rutin kehidupannya.

Anak perempuan beliau sentiasa mengagumi ketabahan ibunya. Sekarang, dia perlu tabah demi ibunya. Ibunya dalam bahaya dan mereka tidak menyedarinya.



LILY & CUCUNYA

Lily merupakan tunggak kekuatan keluarganya dan teman kesayangan cucu lelakinya. Mereka suka memasak dan bermain bersama-sama sehinggalah osteoporosis menjadikan tulang Lily lemah dan melumpuhkan kehidupannya.

Cucu lelakinya dapat merasakan bahawa segalanya sudah berbeza. Kini, mereka sekeluarga perlu menjaga nenek.



ANNE & SUAMINYA

Sejak persaraannya, Anne gemar melancong ke seluruh dunia dengan suaminya.

Selepas menderita keretakan tulang pinggul, Anne tidak dapat lagi bergerak bebas dan suaminya berasa risau tentang kemungkinan kehilangan Anne.

PERIKSA RISIKO SAYA

Saya berikrar untuk melakukan
PEMERIKSAAN.RISIKO.OSTEOPOROSIS hari ini

BINCANG DENGAN DOKTOR SAYA

Saya berikrar untuk membincangkan pelan kesihatan tulang dengan doktor saya

MINTA UNTUK MELAKUKAN IMBASAN TULANG

Saya berikrar untuk meminta doktor saya melakukan imbasan ketumpatan tulang saya

BERIKRAR UNTUK MENCEGAH KERETAKAN TULANG AKIBAT OSTEOPOROSIS HARI INI

TERIMA KASIH KERANA BERIKRAR UNTUK MENCEGAH KERETAKAN TULANG AKIBAT OSTEOPOROSIS

Langkah pertama adalah dengan melakukan PEMERIKSAAN.RISIKO.OSTEOPOROSIS anjuran Pertubuhan Antarabangsa Osteoporosis dan membincangkan keputusannya dengan doktor anda.

BUAT PEMERIKSAAN SEKARANG

References

1 International Osteoporosis Foundation. Facts and statistics. www.iofbonehealth.org

2 Lyet J. The Journal of Lancaster General Hospital 2006;1:92– I95.

3 NHS. Bone density scan (DEXA scan). 2019. www.nhs.uk