MENGENAI AMGEN

Sejak penubuhan, kami telah berkembang menjadi salah sebuah syarikat bioteknologi yang terunggul di dunia, yang berpengalaman luas dalam bidang sains dan inovasi dan berfokus untuk membantu pesakit yang berpenyakit serius. Berpangkalan di 100 negara, kami di Amgen, komited untuk berkhidmat untuk pesakit-pesakit dalam bidang terapeutik utama termasuk kesihatn tulang, penyakit kardiovaskular dan onkologi.

Di Amgen, kami memberi tumpuan bersepadu dan gigih terhadap misi tunggal - untuk berkhidmat kepada pesakit. Misi ini mendapat komitmen yang sangat tinggi daripada hampir 20,000 orang kakitangan kami di seluruh dunia. Inilah yang mendorong kami untuk berusaha gigih dalam bidang sains, untuk mentransformasikan ubat-ubatan.

Kami sedar sepenuhnya tentang keistimewaan dan tanggungjawab yang perlu dipikul semasa melaksanakan tugas penting ini. Kami melaksanakan tugas dengan menyedari setiap keputusan yang dibuat, berdasarkan keupayaan kami untuk membawa perbezaan signifikan dalam kehidupan mereka yang terjejas oleh pelbagai penyakit serius. Masa kami ditumpukan terhadap usaha-usaha melawan arus penyakit serius dan yang menjejaskan kehidupan - untuk membawa perbezaan positif kepada keluarga, kawan dan masyarakat kita.

Untuk maklumat lanjut, layari www.amgen.com.sg.